it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

'kalau tak maw, bagi balik'

hari ini aku belajar lagi satu perkara.
'kalau tak maw, bagi balik'

semalam.

bismillahirahmanirrahim.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
at-taubah; ayat 38.

sekarang.
sudah tahu kenapa?

alhamdulillah. semoga aku benar. kalau salah, ampunkan yee? :)

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
at-taubah;ayat 41

sekarang.
masih mahu geram?

buat apa??

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.
at-taubah;ayat 49

kata mereka.
ilmu jambatan ke syurga.
ilmu penyuluh jalan.
ilmu sebelum Perkataan dan Perbuatan.
pokok pangkalnya, kalau tiada ilmu, jahiliah lah kita. betul?

aku pelik. kan? tak mengapa. masih sedar diri.
kalau kau mahu sound aku pon. aku ada alasan.
sikit pon tak goyang.

semua pon tak suka. semua pon salah.
kalau jalan itu jalan yang benar, tapi susah. kerat jarilah nak lalu.
kalau jalan itu jalan yang sesat, tak payah suruh! awal2 lagi dah menggedik lalu.
kau tentukan jalan yang kau sendiri pilih.
kalau jasad kau mencium sejadah, tapi hati kau menari disko.
kalau telekung kau tutup aurat, tapi luar waktu bertelanjang.
buat apa??

nak kata berlagak alim, boleh cakap 'blah la kau!'. aku terima.
iyelah, aku pon masih belajar. paling tidak, aku belajar. kau?? peduli pon tak.

diam*


Allah tuhanku.
Nabi Muhammad rasulku.
Islam agamaku.
Al-quran kitabku.

kau takut tak kalau kau tak boleh jawab?
ini soalan bocor dunia. dalam sana kau fikir kau lancar??

aku takut.
kalau kau berani lawan suruhannya.
silakan.
sini,
aku dah ingat2kan.
kalau tak nak terima.
pulangkan balik.

wasalam

Wednesday, July 29, 2009

sunshine

dulu, ustazah suruh baca waqiah, aku taknak. malas. surah kaya. kata aku yassin lebih mudah baca dan hafal. bongkak. hee~ start tahun lepas, tergerak hati nak baca waqiah. tambah2 izzat hadiahkan pula time birthday bulan 3 lepas. sekarang, waqiah dah jadi surah favourite aku. alhamdulillah. :) pasni tambah2 surah lagi. hafal. cukup 1 quran. laaaagi berkat. kan? tapi, orang macam aku ni, satu quran tu. tak lah kot. hehe. sekali sekala jelah usyar2 terjemahan al-quran ni. aku pon manusia biasa juga bahh. hekk.
tadi, mak tanya "nana hafal tak surah waqiah?" jawabnya "dalam proses. awal dgn hujung lepas. tengah2 sangkut2 lagi." hehehe. hafal lah ye korang? bagus untuk diri. kalo tak hafal pun, amalkan. yang penting, faham apa yang di baca. surah ni bukan bagi kekayaan jew. tapi bagi ketenangan. betul, dulu aku stress time belajar , aku pernah suruh amira bacakan kuat2 sebab time tu aku uzurun. hahaks. alhamdulillah tenang, and kitorang score subjek tu. ^.^ tengok? bukan kaya harta jew, kaya ilmu juga tau! ilmu kan jambatan ke syurga. chaiyok2 umat Islam semua. marilah menuju kejayaan~ chewahh.

Sabda Rasulullah s.a.w
.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
waqiah ;
Sabda Rasulullah s.a.w.
: “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

waqiah;
1. Meringankan siksa kubur
2. Mengurangi atau meyembuhkasn orang yang sedang sakit.
3. Selamat bersalin
4. Membuka pintu rezeki yang halal.

sekarang, luqman.
sebab kita kena hafal masa form 4 dahulu kan?
surah luqman ajar tentang adab terhadap ibu bapa, anak2 soleh, syirik.
pastu ajar jugak pasal nikmat Allah di dunia ni, tentang syukur. hari kiamat. solat semua lah senang. :)

"Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca
ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

"Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa ‘wasiat’ yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu ‘teknik’ di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim


jadi, ini terjemahan al-luqman. semoga kita dapat keberkatan dunia dan akhirat. amin.

[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
[4]
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
[7]
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
[8]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,
[9]
kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[10]
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.
[11]
Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.
[12]
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
[13]
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
[14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[15]
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
[16]
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
[17]
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
[18]
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
[19]
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
[20]
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
[21]
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?
[22]
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
[23]
Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[24]
Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.
[25]
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
[26]
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
[27]
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[28]
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
[29]
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
[30]
Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
[31]
Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
[32]
Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.
[33]
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
[34]
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

Friday, July 10, 2009

i want a divorce!

yeah.
not really.
not married.
tunang pon takk..
not in a relationship basically.
so,
why i want a divorce?
sebab.

yeah...

*thinking..

erm..

*still thinking..

hmm.
aaa...

maybe sebab..

KALAU kawin..

1. kalau tak sempurna aurat. suami tanggung dosa. even if suami tu cukup rakaatnya. kan?
2. kalau salah didik anak, parents kena tanggung dosa juga sebab gagal didik mereka. kan?
3. kalau parents bergaduh, anak jadi mangsa keadaan. kesian..kan?
4. kalau duit gaji datang dari arah yang salah, tapi kita(parents,suami isteri) tak cukup ilmu tinggi and taktau duit tu haram, pon masalah juga. kan?
5. kalau biar anak buat benda yang kononnya 'zaman sekarang' buat, and tau benda tu dosa,tapi
sebab nak ikut aliran semasa punya pasal, buat tak kesah je. sapa nak tanggungdosa? kan?
6. kalau tahu benda tu salah. tapi buat juga sebab suka. [fikir sendiri la apa] dosa juga kan?

kalau nak di ikutkan.. list takkan habis.

kita tak sempurna kan?
tapi boleh mengelak benda benda tak baik kan?
untuk masa depan jugak kan?
ok.
enuff with the 'kan' thing.
heh.

ape ape jelaa baii..
asal kau aku tau ape kite buat kann..
bak kata nabil bang bil..
lu pikir la sendiri.
assalamualaikum!

toodles~

Tuesday, June 30, 2009

menangis

ku pandang kiri..
ku pandang kanan..
dosaa..bertambah..

remember this lyrics?


“Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat”



duniawi.. kau berjaya lalaikan kami..
ouhh. seksanya jiwa.
aduh. pedihnya mata.

------------

aku terbaca petikan ini dari seseorang. komennya terhadap artis sekarang. artis yang berugama Islam.

"org islam yg berpakaian seperti org kafir...dunia2..kiamat makin hampir..
mengapa ini terjadi?
mengapa salahkan mak ayah?
soalan bertalu talu di ajukan

"mak bapak dia tak tau ke anak dia macam ni?"
"kesian mak bapak die kan?"
"ish..ish..takde maruah ke dik? tak ingat mak ayah ke?"

kalau mak ayah mereka yang benarkan anak anak mereka berpakaian sedemikian rupa, masih mahu persoalkan lagi?
"mak bapak dia tak tau ke anak dia macam ni?"

betul.
aku sedih.
aku sedih kerana mereka ini sepatutnya menjadi contoh baik sebagai umat Islam.
susah sangat nak longgarkan baju? susah sangat nak pakai tudung?
betul. pakai tudung tak boleh di paksa paksa. aku tak paksa. sekadar ingin melihat sedikit kelonggaran pakaian di tubuhmu. hargailah pemberian nikmat Allah s.w.t


---------------
ini,
aku coretkan.
buat kau, aku dan mereka.
yang bergelar,
saudara.


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

ya Allah.
ampunkanlah kami.
ampunkan kami yang tidak mendengar suruhanMu ya Allah.
ampunkan kami yang leka, lalai dengan keindahan duniawi ini ya Allah.
ampunkan kami yang tak mampu menangkis cubaan dan dugaan duniawi ya Allah.
tunjukkan kami jalan yang benar.
tunjukkan kami jalan yang lurus.
tunjukkan kami jalan yang membawa ke arah cahaya hidayahMu ya Allah.

kami berdosa terhadapMu ya Allah.
kami jijik dari pandanganMu ya Allah.
kami berasa hina di hadapanMu ya Allah.
ampun kan kami ya Allah.

sebagai muslimah,
aku gagal menutup tubuh badanku dengan sempurna.
aku biarkan pandangan meratah setiap pelusuk tubuhku.
aku biarkan bayu meniup helaian rambutku.
aku biarkan itu semua kerana usiaku masih muda remaja.
aku leka. aku lalai. aku kejarkan populariti dunia.
malah aku pejamkan mata terhadap mereka yang sempurna pakaiannya.

ya Allah.
ampunkan aku.

aku berpura pura.
aku munafik.
aku bertindak tegas menentang mereka yang menghina menghalangku berpakaian biasa!
aku masih sujud padaMu! masih sempurna rakaatku! mengapa mereka tidak lihat itu?

ya Allah.
aku salah ya Allah.
aku masih hina di pandangan mereka, dan aku pohon, janganlah Kau memandang hina terhadap hambaMu ini ya Allah.
ampunkan aku.

aku bertaubat.

air mata aku ini,
masih belum cukup menhapus dosaku.
aku alpa.
aku lupa kebesaranMu.
terimalah doa, taubat dan keampunan yang aku panjatkan padaMu ya Allah.

aku tak layak untuk al-firdausMu.
namun aku tak mampu menanggung Jahannam itu ya Allah.

ampunkan aku Ya Allah.
amin ya rabbal al amin.
-------------------

aku sayangkan kau,
macam aku sayang mak ayah aku sendiri.

aku minta maaf kalau aku ignore kau.
aku suka bersendiri. :)
jangan mara aa.


ikhlas,
syazana.

Tuesday, June 23, 2009

jalan

jalan jalan cari ini.
dan aku juga temui ini.
maaf kepada tuan punya nasihat. saya pinjamkan seketika. :)

***

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu..
Allah maha mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"


Ingat,

BAHAGIA itu satu KETENANGAN..

KETENANGAN yang letaknya di HATI..

Hati yg tenang ialah hati yg dapat menghadapi apa jua ujian hidup dgn sebaik-baiknya..
Jika yg bertandang NIKMAT..hati yg tenang BERSYUKUR..

Jika yg berlabuh MUSIBAH..hati yg tenang SABAR..
Hati yg tenang dipenuhi rasa qanaah,tawakkal,redha & sifat2 mahmudah yg lain..
itulah hati yg sejahtera..- qalbun salim. Hati yg sepatutnya didambakan walau sedetik sebelum kita bertemu Ilahi.

Sesungguhnye,
HATI yg TENANG dengan MENGINGATI ALLAH..(Ar-Ra'd:28)

Ingat Allah..

Hati teringat..mulut menyebut..anggota bertindak..
Maha Adil Allah yg tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin rasa terabai..

Maha Adil Allah yg tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yg sakit rasa dipinggirkan..
Allah meletakkan bahagia pada hati yg tenang..sesuatu yg boleh dimiliki oleh semua manusia....



Kalau kte mntak tp lambat ditunaikan,jgnlah kecewa...
Makbul drNya adalah pasti,tetapi dengan cara yang Dia pilih,
bukan dengan cara yang kte pilih,
dan pada masa yang Dia kehendaki
bukan pada masa yang kte kehendaki"


dlm hidup ni,
bkn xxx je yg alami cm 2..
ramai org pnah rse & sye pn xterkecuali..
tp,kte kne sabar & ingat balik
tujuan kte hidup ni..

ingat,kte hidup utk mencari redha Allah..sbb Dia lbey berhak menilai..
biarlah mnusia nk kte ape pn,
selagi ape yg kte wat btul,
don't worry..
sbb Allah ttap b'sme kte..
so ape yg pnting,kte jge hubungan dgn Allah & manusia..
slebihnye 2,kte berserah..


Kebahagiaan bukan hanya di hujung jalan..
tetapi ia ada di sepanjang jalan..
jalan menuju kebahagiaan itu sudah satu kebahagiaan..

sbbnye..

kebahagiaan...

"Not a destiny, but a journey!"


"Dan janganlah kamu berasa lemah
& jgn pula bersedih hati,
kerana kamulah paling tinggi darjatnya
jika kamu orang beriman...."

[Ali Imran: 139]

-Let Gones Be By Gones-

renung2kan & fkir2kan b'sme..

ia adalah dari seorang sahabat, yang menasihati sahabatnya yang lain.
terima kasih kepada nurulhani. ^.^
harap dak XXX tu pon tabah jugak lah ye?

***

dan aku hari ini.
akan terus melangkah setapak demi setapak
untuk terus ke hadapan.
walaupun 1001 dugaan melanda.
aku tahu semua ada hikmahNya. :)

untuk berubah memang tak mudah.
jangan menyerah ye syazana!!
^.^



toodles~

Tuesday, January 6, 2009

wuduksembahyangsolataminn..^.^


"amek laa ayaq smyg,bg sejuk skit aihh"
tak cukup lg ka kipas yg dok pusing tuh menyejukkan suasana?
kenapa air smyg bagus?

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri.

2.
Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

3. Diriwayatkan daripada Saidina Umar al-Khattab, aku pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa di antara kamu yang berwuduk lalu selepas memperlengkapkan wuduknya dia mengucap dua kalimah syahadah pula, maka di akhirat nanti akan dibukakan lapan pintu syurga lalu malaikat akan mengiringnya masuk daripada mana-mana saja pintu yang dikehendakinya.”

4. Saidina Abu Bakar seorang khalifah Islam yang terbilang pernah ditanya seseorang mengenai perbuatannya mengambil wuduk pada saat akan menunggangi unta, lalu Saidina Abu Bakar menjawab: “Dengan berwuduk ketika akan melakukan perjalanan, dengan izin Allah kita akan terhindar daripada sebarang musibah dan kemalangan.”

5. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang berwuduk dengan cara sempurna di awal pagi yang dingin maka pahala baginya dua kali ganda.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


ameklaa byk2 ayaq smyg naa. pastuh p smyg plak! :P

toodles.

later