it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

menangis

ku pandang kiri..
ku pandang kanan..
dosaa..bertambah..

remember this lyrics?


“Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat”



duniawi.. kau berjaya lalaikan kami..
ouhh. seksanya jiwa.
aduh. pedihnya mata.

------------

aku terbaca petikan ini dari seseorang. komennya terhadap artis sekarang. artis yang berugama Islam.

"org islam yg berpakaian seperti org kafir...dunia2..kiamat makin hampir..
mengapa ini terjadi?
mengapa salahkan mak ayah?
soalan bertalu talu di ajukan

"mak bapak dia tak tau ke anak dia macam ni?"
"kesian mak bapak die kan?"
"ish..ish..takde maruah ke dik? tak ingat mak ayah ke?"

kalau mak ayah mereka yang benarkan anak anak mereka berpakaian sedemikian rupa, masih mahu persoalkan lagi?
"mak bapak dia tak tau ke anak dia macam ni?"

betul.
aku sedih.
aku sedih kerana mereka ini sepatutnya menjadi contoh baik sebagai umat Islam.
susah sangat nak longgarkan baju? susah sangat nak pakai tudung?
betul. pakai tudung tak boleh di paksa paksa. aku tak paksa. sekadar ingin melihat sedikit kelonggaran pakaian di tubuhmu. hargailah pemberian nikmat Allah s.w.t


---------------
ini,
aku coretkan.
buat kau, aku dan mereka.
yang bergelar,
saudara.


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

ya Allah.
ampunkanlah kami.
ampunkan kami yang tidak mendengar suruhanMu ya Allah.
ampunkan kami yang leka, lalai dengan keindahan duniawi ini ya Allah.
ampunkan kami yang tak mampu menangkis cubaan dan dugaan duniawi ya Allah.
tunjukkan kami jalan yang benar.
tunjukkan kami jalan yang lurus.
tunjukkan kami jalan yang membawa ke arah cahaya hidayahMu ya Allah.

kami berdosa terhadapMu ya Allah.
kami jijik dari pandanganMu ya Allah.
kami berasa hina di hadapanMu ya Allah.
ampun kan kami ya Allah.

sebagai muslimah,
aku gagal menutup tubuh badanku dengan sempurna.
aku biarkan pandangan meratah setiap pelusuk tubuhku.
aku biarkan bayu meniup helaian rambutku.
aku biarkan itu semua kerana usiaku masih muda remaja.
aku leka. aku lalai. aku kejarkan populariti dunia.
malah aku pejamkan mata terhadap mereka yang sempurna pakaiannya.

ya Allah.
ampunkan aku.

aku berpura pura.
aku munafik.
aku bertindak tegas menentang mereka yang menghina menghalangku berpakaian biasa!
aku masih sujud padaMu! masih sempurna rakaatku! mengapa mereka tidak lihat itu?

ya Allah.
aku salah ya Allah.
aku masih hina di pandangan mereka, dan aku pohon, janganlah Kau memandang hina terhadap hambaMu ini ya Allah.
ampunkan aku.

aku bertaubat.

air mata aku ini,
masih belum cukup menhapus dosaku.
aku alpa.
aku lupa kebesaranMu.
terimalah doa, taubat dan keampunan yang aku panjatkan padaMu ya Allah.

aku tak layak untuk al-firdausMu.
namun aku tak mampu menanggung Jahannam itu ya Allah.

ampunkan aku Ya Allah.
amin ya rabbal al amin.
-------------------

aku sayangkan kau,
macam aku sayang mak ayah aku sendiri.

aku minta maaf kalau aku ignore kau.
aku suka bersendiri. :)
jangan mara aa.


ikhlas,
syazana.