it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.

Sunday, August 16, 2009

'kalau tak maw, bagi balik'

hari ini aku belajar lagi satu perkara.
'kalau tak maw, bagi balik'

semalam.

bismillahirahmanirrahim.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
at-taubah; ayat 38.

sekarang.
sudah tahu kenapa?

alhamdulillah. semoga aku benar. kalau salah, ampunkan yee? :)

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
at-taubah;ayat 41

sekarang.
masih mahu geram?

buat apa??

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.
at-taubah;ayat 49

kata mereka.
ilmu jambatan ke syurga.
ilmu penyuluh jalan.
ilmu sebelum Perkataan dan Perbuatan.
pokok pangkalnya, kalau tiada ilmu, jahiliah lah kita. betul?

aku pelik. kan? tak mengapa. masih sedar diri.
kalau kau mahu sound aku pon. aku ada alasan.
sikit pon tak goyang.

semua pon tak suka. semua pon salah.
kalau jalan itu jalan yang benar, tapi susah. kerat jarilah nak lalu.
kalau jalan itu jalan yang sesat, tak payah suruh! awal2 lagi dah menggedik lalu.
kau tentukan jalan yang kau sendiri pilih.
kalau jasad kau mencium sejadah, tapi hati kau menari disko.
kalau telekung kau tutup aurat, tapi luar waktu bertelanjang.
buat apa??

nak kata berlagak alim, boleh cakap 'blah la kau!'. aku terima.
iyelah, aku pon masih belajar. paling tidak, aku belajar. kau?? peduli pon tak.

diam*


Allah tuhanku.
Nabi Muhammad rasulku.
Islam agamaku.
Al-quran kitabku.

kau takut tak kalau kau tak boleh jawab?
ini soalan bocor dunia. dalam sana kau fikir kau lancar??

aku takut.
kalau kau berani lawan suruhannya.
silakan.
sini,
aku dah ingat2kan.
kalau tak nak terima.
pulangkan balik.

wasalam

No comments:

Post a Comment

menjerit