it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.

Thursday, September 2, 2010

realiti bukan drama.

perlu atau tak. belakang kira. hari ini, aku nak tulis biasa2 saja. cerita kisah lepas2, kisah sekarang, kisah masa depan. apa2 saja jari aku mau berketak-ketukkan.

dalam hidup aku, dah mangli dengan nasihat orang2 tua. suka, terpaksa atau tak, setiap tahun ada saja benda comel, buruk, hina, bahagia, namakan saja. semua ada. terjadi pada aku. (maaf, sudah lama tinggalkan sekolah. bahasa melayu aku dah tunggang langgang. maaf.)

hari ini, baru saja tadi, kawan aku kisahkan, yang kawan dia dirogol. bekas rakan sekolah dia. kejadian berlaku sehari sebelum merdeka. murni. aku namakan kawan perempuan kawan aku ini sebagai murni. murni anak sulung. keluarga susah. baik. pernah menjawat jawatan ajk agama masa sekolah dahulu. sayangnya, banyak benda terjadi. di kampung, keluarga murni dipulaukan. bila aku tanya kenapa, kawan aku pon taktau apa sebab musabab keluarga murni dipulau. biasalah, tipikal orang kampung. dengar gosip mak limah jinjang, dah mula percaya bulat2. siasatnya tidak. akhirnya, keluarga murni berpindah negeri. jauh merantau. tinggal di apartment. kata kawan aku, murni liat bangun sahur. tiba2 saja malam tu, angin sahurnya datang. katanya, ada orang dekat apartmentnya tu nak pindah rumah. ajak turun bawah jumpa sekejap sebelum dia pindah. tau kan apa jadi? dia ditebuk. menangis. menjerit. melawan. tapi, hawa tetap hawa. lemah pada namanya adam. menangis jerit kesakitan. tak ada yang tolong. membuak2 jiwa aku tahan marah. sebab, murni tak ceritakan pada bonda lansung. murni tak report polis. dan babinya, jantan tak guna tu siap hantar sms 'best tak?'. lepas buat sial pada murni,sempat pula ucap 'terima kasih'. vaveeeeeeeeehhhhhhh!!!

mana namanya Islam?

perempuan sekarang. nauzubillah..
lelaki sekarang. astaghfirullah..

aku sekarang?
ya Allahh..!

=murni cantik tak?
-biase jee. macam aku jugak, badan sedap2 sikit.
=macam mane die boleh turun jumpe laki tu? die buat ape kat bawah?
-tulaa. die pegi jumpe laki tu laa. kan last day.
=abes? mane die kenal laki tu pulak?
-orang situ jugak. die kate abg tu baik. nasihat, tolong macam2.
=ahh, percaya sangat lelaki sekarang. mane ade dah yang baik weyh. tak gune punye jantan. apahal die tak cerite kat mak die? ya Allahh..
-maruah nana..maruah..mane nak letak muke? keluarge susah. kat kampung sendiri orang pulau.
=kene ade pembelaan. mane boleh lepas je laki tak gune macam tu?
-macam mane? aku pon dah taktau nak kate ape naa..aku pon menangis. die asyik cakap sakit..sakit weyh.
=habis? ko nak biar laki tak gune tu buat kat perempuan lain pula? ko nak biar die terlepas macam tu je? dah die ratah sedap2. heishh.
-entahlah naa.
=jangan weyh. ko pegi nasihat kawan ko. kene buat sesuatu jugak!
-aku ade tanye, die pakai seksi ke? die cakap, die siap bertudung lagi. kesian die naa..

--
---

aku kisahkan pada ainn, my new roommate. aku bukan perempuan yang selalunya bertuah kiri dan kanan. kata ainn, untung punya rupa wajah seperti aku. untung bertemu lelaki yang solatnya sempurna waktu, yang basah bibirnya ceritakan kisah2 nabi, yang tolong bukan sahaja aku, tapi kawan2 aku. aku bilang ainn, bukan untung pada aku. tapi, ujian pada aku.

sayang, jangan percaya namanya lelaki. jangan pernah taruh harap pada namanya lelaki. ya, memang kawan aku ada lelaki. tapi, tak ada serapat abang, adik lelaki, abah, saudara aku. sekadar kawan. cukup. tak lebih.

lelaki tu? tak direstu. aku sendiri. sudah biasa hidup sendiri.

untung kau bilang punya wajah seperti aku? pada jiwa aku, alhamdulillah. aku dikurniakan rupa wajah sebigini. tapi, sayang. aku juga punya ujian sendiri. bukan aku nak megah, tapi aku dikejar sana sini. percayalah, setiap langkah aku, aku takut bila berselisih dengan namanya adam. takut. sumpah takut. nak2 kalau aku seorang diri. semua jenis ayat quran aku baca. takut diculik. takut diganggu lebih2. pernah aku melawan kata lelaki yang cuba mengorat aku. aku maki hamun. ya Allah, nasib baik tak dikejar lelaki tu. takut. aku perempuan. aku ada mak, abah, adik beradik. keluarga aku priority aku. maruah aku bukan mudah aku nak jaja sana sini.

bukan jenis aku yang keluar dengan lelaki yang tak pernah aku kenal. atau, keluar dengan lelaki yang baru setahun, dua aku kenal. tak. dari sekolah, rekod aku bersih. tak ada lelaki boleh suka2 hati rapat lebih2 dengan aku. kawan saja. alhamdulillah, sepanjang duapuluh ini, semua kawan lelaki aku belum pernah ambil kesempatan lebih2. ajakan keluar, aku tolak baik2. mereka terima. kalau keluar pon, aku pastikan, selamat. biar aku siasat sesiasat siasatnya. siapa dia? siapa mak bapak dia? dia nak apa keluar dengan aku? haha. cerewet kan? it's for my own good jugak. takut. dunia sekarang macam2. beringat2 sebelum kena. kan?

jadi, jangan pernah bilang aku suka dengan apa yang aku ada sekarang. banyak kisah suram aku. tak diceritakan saja. untuk apa kan? ini, sekadar renungan.

sayang2 aku, wahai saudara kaum hawaku, jangan pernah percaya orang. bak kata kak fynn 'sekali kau suapkan jiwa kamu, mahu selama2nya'. hati2 dengan duri dunia. hati2 dengan jerat dunia. payung sedia cepat2 sebelum hujan. musim panas pon, bawak je payung tu.

aku juga hina sayang, ada saja ketikanya aku tinggal tuhan. jangan jadikan yang buruk aku untuk kau simpan. ingat, percaya pada kuasa tuhan. dia ada bila kau perlukan. jangan pernah tinggal dia. percaya, Allah maha melindungi. percaya, pada Allah sahaja kita kembali. pedulikan jodoh kau. pedulikan siapa teman lelaki kau. percaya, tuhan sudah aturkan segalanya. minta dilindungi selalu. minta selamat dunia akhirat. minta ditemukan orang2 yang baik. berhenti kejarkan kaum adam lagi. fokuskan apa yang penting, apa yang perlu dulu. kawan boleh, berjaga2 dan berpada2. boleh kan?

sayang agama kau.
sayang keluarga kau.
mak abah.
sayang diri kau.

nak kata jual mahal pon, katalah.
kalau murah2, apa yang tinggal?

pada murni, bertindak sebelum terlambat.
bangsat punya jantan! hishhhhhhhhhhhh.

4 comments:

  1. best entry dear,.cian murni,.huhuhu,.semoga Tuhan buka jalan untuk beliau truskan kehidupan,.

    ReplyDelete
  2. you're on the right track..keep it that way :)

    ReplyDelete
  3. syg,,
    ritu ainn da cte kt aku mse kmi b2 di bstand
    pngajrn buat kte sume
    utk lbh bhati2
    n jgn pcye wlaupon sbaek mne dye
    :)

    ReplyDelete

menjerit