it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.

Wednesday, August 25, 2010

aku manusia biasa. chewahhh

setiap langkah kaki bogel aku
terasa berpasir
dikuis ke mana mana
agar tak lekat
tapi ah
tetap
pasir di celahcelah kaki
melekat degil

seperti
amalan aku
perilaku aku
yang bukan siapa2 kalau hendak dibanding bandingkan.

aku
manusia.

yang tipikal bagi telinga kau orang dengar
'aku manusia biasa'

diam aku di sini
mahu lihat yang pandang mata sana
aku tenggelam dalam cela yang aku bikin sendiri
aku menari dalam hina yang aku rancakkan sendiri
mana yang lain?
mana yang pernah kata
'aku ada bila saat kau jatuh'
haha. kau tipu kan?

saat aku paling di atas,
kau paling pijak semut tak mati
saat aku paling di jatuh
kau orang pertama korek kubur aku

mana pergi dasar manusia beragama kau?
mana pergi dasar islamik kau?
padahal paling jauh kau nak mengaku,
kau pun sama.

aku ini paling tidak pun,
mengaku.
aku jatuh. aku bangun. dan sekarang aku merangkak, jalan perlahan2.
kau?

sebab aku manusia.
bukan malaikat.
bukan nabi yang maksum.
bukan syaitan yang direjam.

doakan aku.
dekat dengan pencipta.
sebab kau pun sama.
kita semua.
manusia biasa.


manusia.

No comments:

Post a Comment

menjerit