saya selalu rasa setiap tulisan yang dipost adalah tulisan terakhir.
kadang-kadang masa tengah bawa kereta sorang diri pun rasa macam nyawa sudah mahu ditarik pergi.
kadang-kadang masa tengah berjalan sorang diri pun rasa malaikat tengah tunggu di hadapan sana.
kadang-kadang masa tengah makan, rasa setiap suapan seperti suapan terakhir.
Allahuakhbar.
takutnya aku pada kematian bila rasa dosa ini tak pernah dicuci dengan pahala.
kerapnya abaikan solat,
kerapnya lewatkan waktu.
Astaghfirullahalazim.
kematian itu pasti,
dan jika hari esok tiada lagi untuk aku,
maafkan setiap zarah salah aku.
halalkan makan minum duit apa sahaja yang aku terhutang,
atau khabarkan pada bonda, khalilah khalid.
aku teringin pergi mengadap Allah dengan aman.
dengan senyuman.
teringin.
dan mati itu sakit.
---
kadang2 nana nampak wan,
nana menangis rindu.
kadang2 nana teringat kak ina,
nana menangis sedih.
kadang2 nana nampak sayuthi.
nana menangis.
Allah,
syurgakan kami.
amin

No comments:
Post a Comment
menjerit