it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.

Friday, March 2, 2012

kita nak cerita pasal lelaki dan perempuan ni

mungkin sebab aku ni perempuan penyimpan?

penyimpan di sini maksudnya, aku tak reti nak menulis cerita A-Z segala perihal yang berlaku dalam dunia ni. atau aku suka membebel benda yang tak patut dibebel pun?
entah.

kusut sebenarnya perempuan ni,

yelah,
tengok ehhh.

perempuan kalau ada masalah,
100000000 masalah sekalipun, semuaaaa masalah tu akan difikir dalam waktu yang sama.
serentak! lepas tu bising sana sini "eeeee banyaknya masalahhh!!!" kan?
haa!
tak gila?
gila kan?
nasib baik perempuan awesome.
kalau tak, takkan lelaki pulak yang kena beranak?

meanwhile lelaki pulak,
kalau ada 100000000 masalah,
lelaki hanya akan fokus pada 1 masalah yang major sahaja.
lepas tu dia akan settle satu demi satu secara comelnya.
haaaa kenapa comel?
entah.

how women handle their problems?
by sharing it out loud sebenarnya. tak la sampai menjerit kiri kanan dia bermasalah.
takk. maksud di sini, perempuan tend to share their problems with their partners. macam kalau ada bestfriends tu, tingtongtingtong laa menyembang. kalau bill TM tu tak free sekarang ni, sure beratus2 kena bayar. kesian mak abah tahu? tapi berdasarkan kajian, walaupun perempuan ada kawan baik perempuan juga yang selalu berkongsi masalah, mereka(perempuan) lebih cenderung bercerita dan berkongsi masalah dengan kaum adam! haaaaa kesian kesian..

macam ni,
kaum lelaki, kaum adam. walaupun depa banyak problem, they don't usually jumpa makwe depa and menangis2 "huwaaa saya ada banyak masalah ni. ikan mati, ayam hilang, kucing orang pinjam blablablaa" camtuu, tak tak. lelaki akan duduk diamdiam dan pendam masalah tu seorang diri melainkan ada kaum adam yang lain datang membantu secara tak lansung. they keep their problems to themselves unless depa perlukan pertolongan to find a solution. sebab lelaki bukan perempuan yang hantu gossips!

lelaki akan fikir tentang beban masalah yang ditanggung depa sendiri dan selalunya soal hati diketepikan. sebab 95% otak depa fikir tentang masalah, cuma 5% sahaja wujud soal jiwa tu. and the way depa release tension pon dengan cara yang berlainan. macam pergi memancing, main kereta kawalan jauh, main wau? more to outdoors activities. sebab lelaki tak baca majalah wanita. buat apa kan? pasal romance la horoscopes lah, semua tu perempuan yang minat. kan?

pada pandangan lelaki, kalau depa tak boleh tak boleh handle masalah tu sendiri bermaksud depa ni lemah. and men are veryyy touchy about this. sebab sifat lelaki sendiri pemimpin. selalunya pemimpin ni banyak settle problem. kalau satu masalah pon tak boleh settle, susahlah kan? sebab tu lelaki tak macam perempuan.

perempuan pulak mengada sikit. kan dah cakap tadi, perempuan kena cerita. share masalah. sebab itu lelaki diperlukan! aku dah dapat jawapan untuk soalan semak samun otak aku. wujud lelaki untuk ringankan beban wanita sebenarnya... alaa sweet betul *wink*

eh nanti lelaki yang baca stress pulak, jenuh kita!
para jejaka kacaks di luar sana.
i've once said this to my dear chulayy. right now, saya share dekat sini pulak.

katalah makwe awak tiba2 call membebel tingtongtingtong pasal masalah dunia dia tanggung. awak jangan mengeluh please. sebab dengan cara bercerita dekat awaklah sebenarnya makwe awak tu ringankan beban masalah yang ditanggung. jangan bagi jawapan untuk soalan rhetoric tau! tauuuuu! sabar banyak2. cuba faham sikit makwe awak tu perempuan sebenarnya. bukan lelaki yang senang nak bawak bincang. kan? listen patiently with empathy. boleh? bukan semua perempuan kusut sangat pun. senang jela nak handle perempuan ni. kankankannnn? :'D

panjangnya cerita pasal masalah lelaki perempuan? =.='

disebabkan aku dah single balik.
dan aku sudah putuskan bahwasanya bulan March bulan kegembiraan.
jadi aku tak benarkan mana-mana kesedihan menyinggah sepanjang bulan penuh suci lagi sweet ini.
faham?! *cekak pinggang*


ohhhh syazana dah start bebel.
:D
take care angels!

No comments:

Post a Comment

menjerit