there's always a reason why things happen. why each and one of us are different. the way we think, the way we act. tapi berapa ramai yang reti belajar dengan perkataan syukur dan sabar?
senang jelah cakap; tuhan punya kerja. kita ikut sahaja. tapi berapa ramai yang berani ikut tanpa mengomel sedikit pun dalam hati? berapa ramai penipu dunia yang tempek muka gembira? padahal, dalam remuk kecai. sampai terkadang serpihan jiwa entah mana perginya.
haih..
minum milo ais di kedai sambil makan popiah basah pun belum tentu dapat tenangkan jiwa. lagi gusar bila duit dalam saku kena bayar peniaga. semua benda sekarang kena bayar. eh, sanggup nak tahan berak kencing sampai rumah? itu pun bil air kena bayar jugak. nak tambah nilai pun kena cukai. entah bila bank nak kirim surat khabar gembira di rumah.
jalan kaki sorang-sorang memang jiwang.
kalau dahulu ada perasaan cemburu. sekarang segala perasaan sudah mati. yang ada cuma risau.
kadang-kadang rasa macam tak layak mengadap tersayang. badan diri rasa dah habis hina. rasa tak guna bertikar sejadah. penat tadah air mata. ya rahmaannn....
*sebak.
tuhan punya kerja, kita ikutkan..
mak,
nana minta maaf.

No comments:
Post a Comment
menjerit