it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.

Saturday, August 13, 2011

tak larat nak tarik nafas

"eleh kau, nak nasihat orang lah konon. sendiri pon tak betul. nak cakap agama konon"

ehemmmmm!

*tarik nafas dalam2*

bismillahirahmanirahim.
bulan puasa ni, syaitan tak hasut. jadi, minta maaf siap2 kalau aku salah kiri kanan.


pertamanya,
ya. aku mengaku aku memang ada cela kiri dan kanan, depan mahupun belakang.
dan aku bukan malaikat seperti yang aku selalu sebut 'good night my angels' semua tu.
tak pulak aku jumpa atau berkenalan dengan mana2 malaikat sepanjang 21 tahun bernyawa ni. sebab aku tak punya sixth sense. aku tak diberi izin Allah untuk melihat malaikat. kan dah alam lain dah tu.
jadi jangan kata aku perasan bagus macam malaikat, ataupun aku bukan bagus macam malaikat seumpamanya lah kan.

nasihat menasihati tu memanggggg kena buat kalau namanya islam.
kalau namanya saudara seislam, dan kalau namanya khalifah Allah.

banyak orang salah faham dengan konsep khalifah ni.
sedangkan kalau kita ni maha teruknya pun perangai, buruk sekalipun akhlak. tetapi kalau kita punya satu ilmu sekalipun, diharuskan berkongsi dengan mereka yang tak tahu ni. jangan kedekut ilmu, nanti takut Allah kedekut balik dengan kita. sedangkan nabi s.a.w pun berpesan ;
"sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"
jadi, kalau ada yang hinaaa sekalipun antara kita, yang sampaikan walaupun satu ilmu, jangan kita marah hina maki dia. berterima kasihlah sebab dia sudah beri kita satu ilmu. tugas untuk dia berkongsi, dan menegur kita2 ini sudah selesai. yang penting sekarang kita untuk amalkan sahaja.

kan orang cakap,
kita mesti berilmu dan beramal dengan ilmu.
tapi,
kalau tahu tapi tak amal, tanggung la sendiri. macam aku ni!
janji tugas untuk menyampaikan tu dah tertunai. dann, jangan berhenti untuk menyampaikan ilmu.
nak berdakwah boleh, tapi ada gayanya. bukan nak prum prang prum prang macam alim ulamak tu.
kita bukan tinggi ilmu macam mereka tu. jangan bongkak riak takbur sangat. pelan2 kayuh laa.
tegur mana patut, kongsi mana tahu. cukup la sikit2 dahulu.

nak berubah, jangan drastik sangat. takut tak berubah pulak.
sabar.
jangan nak marah maki hamun sangat. jangan nak melenting tak tentu arah.
ini tidak. marah pulak, siap perli kita ni tak boleh cakap pasal agama kalau kita tegur dia. cakap kita hipokrit sebab tak buat apa yang kita sampaikan tu.

macam nilah..
hipokrit tu satu hal.
memang ramai jelah macam tu. tapi hati tu bersih dulu. jangan nak dengki tension sangat.

kalau yang menegur kita tu 2x5 je perangai,
cakap kat dia
"terima kasih tegur saya, insyaallah saya berubah. doakanlah yee?"
tak susahhhh pon. at least dia rasa yang dia tegur kau tu ada faedah. sekurang2nya dia tegur orang, patu kalau orang tu jalankan tanggungjawab, dia rasa malu sendiri. sebab dia tegur orang, dia sendiri tak buat. tapi orang tu pulak yang buat. manalah tau, dia yang menegur ni berubah pulak lepas orang yang dia tegur tu berubahh?
kuasa Allah kan? islam ajar untuk tidak kasar.
ini tidak.
nak marahhhhhh je tau. nak tempit ikut suka jiwa. tak boleh lansung kena tegur.
haihh..

aku pon kaki angin juga. tapi at least setiap teguran, walaupun aku tak boleh nak terima mula2 tu, aku pelan ambil sikit2. kalau kita salah, memang lah orang tegur. orang takkan tegur kalau kita buat perkara betul.
ye dak?

orang takkan tegur kita kalau dia tak ambil berat pasal kita. syukurlah ada orang masih peduli dengan kita ni dari tak peduli lansung..terima kasih dekat orang yang tegur tu.
kita salah, kita betulkan la yang kita salah. minta maaf kalau orang terasa hati dengan kita ke apa. jangan nak marah perli sangat. jangan nak cakap kita ni hipokrit sangat.
kepala tu jangan keras sangat lah kan.

haih la melayu.
jangan la terus layu.

laa ilaahailla anta, subhaakainni kuntumminazholimin..

wallahualam..

No comments:

Post a Comment

menjerit