it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.

Sunday, January 23, 2011

cerita merepek. bahasa merepek.

setiap kali dia mahu menapak selangkah,
mati.
setiap kali dia mahu bersuara,
diam.
setiap kali dia mahu bergerak,
kaku.

dia sudah mati segala urat akal yang selalunya akan berfungsi tanpa ada butang 'berhenti' yang biasanya akan ternampak bijak sebentar.
tapi,
sebentar cuma.

sadis kan?

dia nampak cela pada diri dia sendiri.
dia jadi diam, serupa macam bibirnya ada satu padlock yang paling besar dan gila susah untuk dibuka sesiapa pun. kecewa dengan diri sendiri. rasa paling tidak molek untuk dibandingkan dengan apa-apa pun!

padahal,
untuk jadi cantik, tak perlu make up tebal-tebal. tak perlu bergincu sampai 3km boleh nampak merahnya. tak perlu kasut setinggi klcc. tak perlu rambut di-curl curl atau straighten kan! tak perlu baju mahal-mahal tayang jenama ke semua orang. tak!
untuk cantik,
hanya perlu satu benda sahaja;
jadi diri sendiri.

"take me for who i am lah!" (kenal ayat?)

dalaman yang terpaling tinggi pentingnya.
cliche. tapi,
fakta.

dan,
tetap.
kan?
kau masih mahu berusaha untuk jadi yang paling tinggi. paling lebih antara semua. paling teratas. dan kau tak sedar, yang kau sudah melampau.

dia sudah penat tarik nafas hembus, tarik balik dalam-dalam serupa tak cukup oksigen pastu hembus balik.
penat tau?

rasa sebenarnya diri punya masalah dalaman. keliru untuk cari rupa yang molek untuk menempek ke muka. untuk dibiar jamah yang sedap-sedap.
kau tahu tidak yang sebenarnya, dia sakit di dalam.

perlu dirawat.



bagaimana mahu hidup sebenarnya?

No comments:

Post a Comment

menjerit