it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.

Saturday, December 25, 2010

si terbang

aku rindu kamar ini,
aku rindu peluk cium bantal ini,
aku rindu bilah-bilah kipas yang rancak berkejaran ini,
iya,
aku rindu kamar ini.

--

petang itu,
gelap.
budak kecil yang sedang lari-lari,
tiba-tiba pegun.
di hadapannya ada makhluk pelik.
katanya pelik.

tak apalah,
tak ada yang normal pun dalam dunia ini.
maka,
budak kecil tadi putuskan
untuk berlari kembali.

--

yang kanan atau kiri.

yang kiri atau kanan.

"hoi! kau siapa?"

"aku malaikat"


*diam*

--

sebenarnya,
aku ada masalah dengan blog aku.
aku tak tau kenapa aku banyak watak sangat.
kenapa isi dalamnya penuh dengan dunia warna kusam kelam.
aku tak suka!
aku nak hairan atau tidak pun aku tak tau.
kenapa kau masih pakukan mata di sini?
kenapa kau masih setia membaca sampah aku ini?

pergilah.
aku mahu sendiri.

terima kasih untuk sudikan diri di sini.
tapi,
aku tidak selesa.
rasa seperti punya cela dan kotor,
di biar dijamah orang.

maaf untuk setiap tidak sempurna aku.





maaf

No comments:

Post a Comment

menjerit