sampai bila kau harus bertepuk menari.
mahu sudah tiada yang punya hembusan lagi,
kau tetap mahu yang rugi.
aku tak biasa berdiri di tengah lautan manusia yang pangkatnya mencecah pelangi.
warna aku tak secerah. aku yang hilang yang dilepas pandang.
aku tak mahu untuk membayangi semua dunia jiwa aku. tapi semua yang melintas lalu bagaikan memaksa aku untuk berlari mencari lombong yang pekat sunyi.
tarian aku tak serancak dahulu lagi.
aku dah tak ada pelanginya lagi.
pedati yang ditinggalkan tuan masih sunyi mencari rentak tapak yang bersiul irama baru. untuk redah segala duri perih. keuletan tak akan menjadi tiang yang kukuh bila sehelai kertas dalam nota hidup dibakar hangus.
jangan biar sampai kau mati.
assobru minal iman.

This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete