it's Lily the Flower ^.^

My photo
I'm just being my colorful me. selalunya warna hitam lebih menyerlah.

Saturday, February 20, 2010

cerita ceriti

hari ini.
aku diamkan dia. aku cakap itu ini. aku bebel panjang2 sampai lemau.

aku cakap jauh sangat2 lagi. pelan2 anyam. sabar2.
aku cakap kalau nak senyum, tak perlu satu reason saja.
orang melatah pun kadang2 terdengar lucu.
aku cakap, nak cari bahagia sorang2 senang; zikir.
aku cakap, kalau aku tak ada kelak, tak ada yang rugi mana pun.

dia bidas. aku balas.
aku tak mahu ada pemenang kalah.
yang ada, persefahaman.
faham?

dia kata aku suka berkias. padahal aku rasa, cara aku cakap paling simple dan logik.
*tukar posisi,kena angin* malaysia hot lahh..

---

semalam,
siti marah2.
dia baling batu. dia baling kayu. dia baling semua yang dia nampak gagah.
dia jerit2 bagai orang gila. dihentakhenyak kakinya. seolah2 dia masih budak dua tahun.
merengek.
tapi masih mengganas.
sudah semua tidak pada tempatnya.
semak. sesak.
siti masih marah.

suaminya jalal.
diam.
uk pon tidak. ek pon tidak.
diam saja.
berdarah muka, kaki, tangan jalal.
akibat serangan siti.
jalal masih diam.
kaku bagai tugu.

siti datang terkam jalal.
kata siti, jalal ini dayus! bodoh! tolol! pemalas!
lelaki tak tahu jaga hati isteri.
mahunya cuma intan berlian.

dalam rumah siti ada satu gobok.
besar.
dalamnya ada peti besi.
berat dengan duit. emas dan berlian.
siti bilang, itu semua masih sikit.
siti mahu lagi.
siti terkam jalal dengan parang.

siti kata
"lebih baik kau mati sekarang!"

siti seorang surirumah.
yang bercinta dengan lelaki jiran sebelah.
hari2 siti, jirannya yang teman.
jalal perlu kerja.
bagi isteri makan pakai.

"aku aman kalau kau mati!"

dan
hari itu,
jalal pergi.
selamanya.

5 bulan kemudian.
siti meroyan.
jiran sebelah melapahnya.
perutnya terisi.
hartanya dicuri.
siti tinggal di pelosok sepi.

mati.

1 comment:

menjerit